Cari Blog Ini

Rabu, 31 Julai 2013

Magic ( Silap Mata ) Dulu , Kini dan Selamanya

 Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera semoga kita semua mendapat barakah yang berkekalan, diampunkan dosa, dan diselamat dunia akhirat aamiinn InshaALLAH ! Dibulan ramadhan yang mulia penuh keberkatan ini adalah bulan yang sangat sesuai bagi seseorang yang ingin berubah baik dari segi luaran dan dalaman seperti seorang perokok ,penagih dadah dan sebagainya . Juga tidak lupa bagi seorang Magician seperti aku ini.

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi ALLAH tuhan semesta alam tiada tuhan yang berhak disembah selain ALLAH , dunia Magic atau dalam bahasa melayunya silap mata banyak mengajar ku erti kehidupan mengenal erti persahabatan ,perkongsian ilmu dan pendapat , perkauman juga silaturahim sesama Islam. Ramai kawan-kawan bertanya bagaimana aku boleh buat silap mata ni , benarkah silap mata ini hanya menggunakan teknik kecepatan tangan atau ilmu sihir seperti pertolongan dari jin sependapat umum .

Dulu memang aku tak nafikan apabila kita dapat mempelajari sesuatu kemahiran yang jarang orang boleh buat kita akan bangga dan akhirnya secara tak sengaja timbullah rasa riak dan seumpamanya . Lebih-lebih lagi bila penonton memuji kehebatan kita

Dulu akhir tahun 2006 di bandar Sandakan memang kurang hiburan jalanan seperti pemuzik jalanan, ahli silap mata yang ada cuma samseng dan pelesit kota , masa tu aku cuma aktif dengan kugiran dengan band kami yang diberi nama Kulit P#*er (maklumlah masa tu kami memang nakal) terdiri daripada aku sendiri sebagai gitaris dan vokalis, Boy sebagai gitaris , Malik bassis , Nahari drummer dan Pepeng sebagai vokalis utama band kami, dalam bandar luar bandar kami sudah jelajah,kampung ke kampung dan pulau ke pulau kami sudah pernah jelajah juga ke estet. Oleh kerana aku sudah mula merasa bosan aku tekad untuk mencuba sesuatu yang baru tak lain tak bukan Silap Mata dan akhirnya aku berjaya menguasai teknik silap mata dengan mudah kerana ada minat yang mendalam ,tanpa minat sesuatu yang kita pelajari tidak akan berjaya .

Dulu aku sangat bersemangat turun ke bandar untuk mempersembahkan teknik baru dan dahagakan populariti (semua ahli silap mata memang punyai motif yang sama) kerana masa tu memang rata-rata semua orang kagum apabila melihat sesuatu yang baru seperti silapmata jalanan yang aku persembahkan . Dan akhirnya pada tahun 2008 aku berjumpa dengan seorang ahli silap mata juga yang bernama Zul  , hari pertama kami berkenalan hari itu jugalah kami terus buat persembahan jalanan dengan menunjukkan kehebatan masing-masing sorakan ,tepukan yang gemuruh serta pujian memang tak lari sehingga aku lupa akan tanggungjawap sebagai seorang hamba ALLAH S.W.T sepatutnya semangat yang aku ada masa tu aku manfaatkan untuk berdakwah dan berjihad dijalan ALLAH S.W.T dan gunakan kemahiran yang aku ada untuk menarik minat anak-anak muda yang sebaya denganku untuk berdakwah dan berjihad .

Kini aku mulai sedar akan maksud sebenar hidup kita didunia ini dan apa sebab tujuan kita diturunkan dimuka bumi ini kenapa lalu mengapa , InshaALLAH aku akan terus mencari jawapan dan sebarkan kepada semua saudara sepertimana firman ALLAH S.W.T :- “Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong”. (Al-Hajj: 77-78)

QS.56″51.“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku”
“Dialah yang telah menciptakan kamu dari bumi (tanah), dan menjadikan kamu pemakmurnya. (QS.11:61). (menghuni dan mengolah hasil bumi untuk kemakmuran umat manusia, kalau mengingkari perintah ALLAH ini, hidup manusia seperti manusia di hutan2 sama dengan kehidupan bintang)
Perintah bekerja untuk memakmurkan bumi, sudah diperintahkan sebelumnya oleh ALLAH kepada Nabi Adam yang diberitahukan kepada Nabi Musa (Taurat) seperti berikut ini;
God said to Adam.
•God said; “You will have to work hard and sweat to make the soil produce anything, until you go back to the soil from which you were formed. You were made from the soil, and you will become soil again” (Genesis 3.18-19.).
Perintah ALLAH kepada Nabi Adam, Nabi Musa, dan Muhammad S.A.W adalah sama yaitu manusia yang diciptakan oleh ALLAH ini harus bekerja keras,sungguh-sungguh untuk memakmurkan bumi, ertinya memakmurkan keluarga,masyarakat dan umat.
Nanti setiap manusia akan diminta pertanggungjawab. Siapa yang rajin bekerja untuk ALLAH dan siapa yang malas malas bekerja untuk ALLAH , jelas tidak ? . Kebenaran Mutlak Dari dan Milik Allah Azza Wa Jalla, jika ada kekurangan itu dari kesalahan aku sendiri , sebenarnya ada banyak lagi dalil-dalil mengenai topik ini.
Kini aku masih dengan minat ku juga tapi aku mulai kurangkan dan aku ingin berpesan kepada saudara-saudara ku yang masih lagi aktif tu kalau boleh renung-renungkanlah apa tujuan kita didunia ini ,ya memang betul kita dapat jaga solat tahu batas dan yang penting nawaitu itu semasa membuat silap mata tapi walau bagaimanapun Iblis laknatullah itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan ,walaupun nawaitu baik kita untuk berhibur tapi pernahkah terfikir kalau si penonton tu kagum dengan kita maka dengan itu dia akan memuji kita dan ada yang mengatakan "wah hebatlah ko ! ajar aku boleh kah ?" maka si ahli silap mata pun menjawap " ni semua magic kena berguru dan bertapa baru boleh buat , kalau kau ada duit aku boleh ajar tanpa perlu bertapa nak tak ? " serta merta kita adalah penyebab dia lalai serta lupa kepada ALLAH dan akan dipertanggungjawap nanti di akhirat untuk dosa-dosanya, dia lupa bahawa segala puji hanya bagi ALLAH secara automatik juga kita akan berasa bangga dengan pujian itu dan timbullah rasa riak dengan sengaja atau tidak, dosa riak ni adalah salah satu dosa besar. Firman Allah:

“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak.” ( Al Ma’un: 4-6)

Kini
zaman semakin pesat berubah dan beralih dengan cepatnya mengikut trend inovasi ,isu murtad ,kalimah ALLAH , politik, jenayah dan berbagai lagi , tambahan lagi baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pencerobohan di Lahad Datu Sabah , pengganas suluk dari negara filipina bagi aku mereka sudah sedar mereka salah tapi mereka tetap mengatakan benar sehingga pemimpin pengganas suluk itu berkata "..maruah lebih penting daripada nyawa !" dimana nilai kemanusiaan mereka sanggup berbunuhan sesama Islam demi kononnya maruah itu ,itukah jihad ?! tidak itu bukan jihad !. Begitu juga dengan ahli silap mata sebenarnya mereka sudah tahu yang buat magic ni salah kalau tujuan untuk menyesatkan tapi mereka tetap juga buat dan terus amalkan .
Cubalah selitkan dakwah kebaikan semasa membuat persembahan tu kan bagus ada faedahnya daripada memuji diri sendiri dan riak ,sepatutnya pesanlah seperti jangan lupa solat dan sentiasa berbuat baik ingat ALLAH , kalau ada penonton yang ingin bertanyakaan bagaimana kamu buat ni maka segeralah katakan dengan jujur tanpa menipu kepadanya tetapi rahsia tetap rahsia , ibarat menarik rambut didalam tepung tanpa menyelerakkan tepung hehehe !.


Tips untuk menjawap persoalan yang sering dikemukakan :-
1. Bagaimana kamu buat silap mata ni ?

Senang saja sebenarnya yang penting ada minat dan rajin belajar untuk perkara yang baik sahaja , tak kira la apapun bidang kunci kejayaan adalah usaha dan rajin jangan lupa ikhlas .

2. Best la kau ! hebat la kau ! luarbiasa ! ajar boleh ? hehehe

Terima kasih bro, biasa-biasa saja pun ini baru bunga-bunga belum lagi pucuknya ,pucuknya lepas solat berjemaah aku boleh ajar yang penting niat untuk berdakwah amacam ?

3. Berapa lama nak belajar ?

Terpulang dengan minat seseorang , siapa cepat dia dapat , selepas solat dan zikir adalah masa yang sesuai sebab selepas solat minda kita sangat tenang dan mudah menerima ilmu, belajar silap mata dengan niat untuk menarik minat anak-anak muda kaedah ini sama digunakan oleh penceramah bebas di luar dan dalam negara ,sebagai contoh di Malaysia Ustaz Haslin Bollywood beliau menggunakan nyanyian dan lawak sebagai tarikan anak-anak muda untuk mengimarahkan Masjid .

4. Tak syirik ke buat 'magic' ni ?

Syirik adalah dimana seseorang itu menduakan ALLAH S.W.T dgn meminta pertolongan selain dariNya.
Silap mata jelas menggunakan teknik kecepatan tangan lebih laju dari mata memandang 100% tanpa menggunakan sihir mahupun mentera-mentera .

5. Nak tanya sikit apa hukum bermain Silap Mata ?

Silap Mata m
erupakan kaedah yang digunakan oleh majoriti ahli silap mata masakini. Pada dasarnya mata kasar kita akan melihat sesuatu itu sebagai perkara luar kebiasaan, namun jika diperhatikan dengan lebih teliti, atau dihuraikan oleh sesetengah program televisyen tentang muslihat mereka dalam melakukannya, perkara tersebut cumalah ilusi yang dibayangi gerak tangan yang pantas, alat-alatan khas serta latihan yang mengambil masa berbulan-bulan kadangkala bertahun-tahun. Persembahan jenis ini cumalah sekadar hiburan semata, maka hal ini tidak haram selagi kita tidak salahgunakan seperti untuk menipu,berjudi atau maksiat untuk kesenangan peribadi  sila rujuk keterangan Ustaz Azhar Idrus didalam blognya atau di Youtube :), kerana segala persembahan Silap Mata ni didasarkan pada hukum fizik yang nyata.
"Selamanya begini InshaALLAH . "