Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Julai 2013

Perasmian

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH S.W.T serta selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W di pagi yang indah lagi ceria ini ku bermohon agar semua kita diampunkan dari dosa moyang -moyang kita yang terdahulu , kedua ibu dan bapa serta saudara kandung,terdekat dan sahabat - sahabat serta pembaca blog saya ini semoga ALLAH S.W.T mengampunkan dosa kamu dan merahmati kamu , selamat dunia akhirat InshaALLAH Aamiinn Ya Rabbal Al-amin . Tujuan saya mengemaskini blog ini semata-mata ingin berdakwah kepada muslimin dan muslimat serta belajar dan berkongsi pendapat antara kita semua untuk tujuan yang sama iaitu ingin berjaya walaupun dengan kaedah dan cara berbeza .
ALLAH S.W.T tidak akan mengubah nasib hambaNya selagi hambaNya itu sendiri tidak mahu berubah ,disini jelas menyatakan bahawa kita semua yang bergelar hamba kepada ALLAH S.W.T wajib untuk berusaha merubah nasib kita masing-masing kerana itulah yang dituntut didalam kehidupan kita seharian selain rukun Islam dan rukun Iman. Kita mampu merancang hanya tuhan menentukan demi ALLAH S.W.T kita sesungguh dalam kerugian kerana masih banyak golongan orang muda tidak menjaga solat dan masih lalai dalam mengerjakan ibadah seperti saya sendiri, orang-orang kafir sentiasa mengatur strategi untuk memecah-belahkan orang Islam tanpa mengira waktu bahkan tak henti-henti menyebarkan fitnah tanpa mengambil kira penat lelah. Kita sedar bahawa kita semakin hari ditelan zaman dan dugaan juga begitu hebat lagi dahsyat menimpa kita namun itu semua bukanlah alasan untuk kita tidak mahu berdakwah dan beribadah tetapi inilah masanya untuk kita semua sedar bahawa kita adalah umat akhir zaman umat yang tidak ada lagi umat selepas kita iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W .

...to be continue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan